Want your
own Fotopage?








 
Muhammad Naufal Naim

By: Muhammad Naufal Naim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 10-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kuiz Pemakanan Bersama Nespray

 


Alkisah pagi isnin yang lalu..
Kring..krring..panggilan dari no yang saya sangat familiar.. Dalam hati mungkin org ni call suh aku collect cek untuk ceriakan pagimu bersama sinar tu ari kot..

xxx : Assalammualaikum..
Aku : Waalaikummussalam..
xxx : Saya Bum dari Sinar FM..Tahniah Puan telah memenangi kuiz pemakanan bersama nespray. Puan n family dijemput meghadiri sesi makan2 bersama Datuk Shila Majid pada 12/6/2009 di tesco Ampang. Hadiah juga akan disampaikan oleh beliau. Puan boleh datang ke?..
Aku : Ooo..ye ke, terima kasih nanti saya bincang ngan hubby dulu nak pegi ke tak (memandangkan hubby aku susah tul nak cuti) hehehe..
xxx : ok tak pe, nanti puan call saya balik di talian 03-95438888 ext 7367 untuk confirm kan kehadiran..
Aku: Tq..(ishhh cam tak percaya) speechless jap
Alhamdullilah rezeki Naim..tak sangka menang sebab aku saja-saja je try jawab kuiz tu..senang je pun..just jawab soalan kuiz n submit. tak perlu slogan pun.. dia kira bape minit kita jawab n berapa jawapan yang betul..

Lepas berbincang ngan hubby dia setuju nak cuti on this friday.. Yeaha.. thanks abg kerana sudi melayan isterimu ini, bukan ape aku ni takut sikit nak drive sensorang di tgh kotaraya KL tu. Tapi naim minum susu Anmum dan setakat ni tak penah tukar lagi.. emmmm cama ek.. Nantikan cerita aku untuk event hari jumaat ni.. Tungguuuuu...


Tumpang iklan.

Pakej Menarik Perkahwinan. Sila lawat :
http://krafbonda.fotopages.com

One Drop Perfume ?
http://shazaonlineshop.fotopages.com

Terima kasih.
Fri 19-Jun-2009 05:38
Posted by:dedaun classique@ krafbonda  - [Link]
Add comment


Monday, 8-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti balik kampung

Sempena cuti sekolah ni aku dah plan nak balik kg. Minggu ni 29-31/5/2009 balik kg aku n 6-8/6/2009 balik kg hubby.. Plan nak gi bercuti kat cherating on 1st june tapi terpaksa dibatalkan coz my hubby tak dapat cuti (cuti kena reject sebab baru lagi cuti 2 hari kerana demam) huhuhu, ingat nak bawak naim mandi swimming pool kesian tgk dia asyik duk taska je tetiba rasa tersentuh plak.. ermm tak pe la naim, next time kita plan betul2 ye.. ibu n ayah janji bawak naim gi jalan2 nanti.. travel sungguh memenatkan tapi happy sebba dah lama tak balik kg disebabkan aku sangat bz ntah ape2.. so sempena break ni aku pi la jalan2 ngan family aku tapi tak banyak tangkap pic sebab kemalasan. ntah ape2 ayat aku ni.. Balik kuantan tak gi mana pun just lepaks kat umah n keluar pi jenjalan kat East Cost Mall, boleh tahan gak la barang dalam tu.. aku rasa KL lagi murah.. hehehe.. hari ahad aku temankan hubby yang kempunan nak mandi pantai, si naim macam biasa cam org tak penah jumpa air sampaikan nangis2 tak nak balik..

Balik ke perak plak aku gi menghabiskan petang sabtu kami ke teluk intan sementara si hubby aku mencari kasut aliph yang dah berkurun tu untuk koleksi peribadi. setelah keluar masuk semua kedai di teluk intan tu ternyata kami hampa.. So lepas tu membawa diri ke the store dan ke pasar malam.. Ingat nak bergambar kat menara condong tu tapi parking full plak so aku amik gambar dari dalam kete je la.. Sampai umah dah kul 8.00.. mandi, tido n zzzzzzz... besoknya dah balik ke shah alam..

Add comment


Wednesday, 3-Jun-2009 02:00 Email | Share | | Bookmark
Tiket Free - Konsert Tribute To Sudirman

 


Aku dapat call dari sinarFm pada 2/6/2009 dan aku telah berjaya mendapat 2 tiket free dari sinar.fm untuk ke Konsert Tribute To Sudirman yang diadakan di Istana Budaya pada 4/6/2009. Memang teringin sangat nak pi n jejak kaki kat istana budaya tu tapi tetiba tak jadi sebab anak bujang aku yang sorang tu tak dapat masuk sebab bawah umur.. Ruginya, tapi tak pe lah nak wat cama kan tak sampai hati plak nak tinggal kat org semata2 nak berseronok gi tgk konsert.. huhuhu.. Bukan ape lagu2 Allahyarham yang mengusik jiwa membuat aku teruja nak pi konsert tu.. Disebabkan aku kena collect sendiri tiket free tu di kaunter kat Istana Budaya dengan menyatakn no IC (sangat skima) jadi aku tak dapat la nak memberi tiket tu pada org lain.. Mintak maaf ye kawan-kawan..


Add comment


Thursday, 28-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Contest-Ceriakan Pagimu Bersama Sinar dan Nestum

 
 
 
View all 13 photos...


Aku saje je try masuk satu peraduan kat blog sinar.fm, cuma jawab soalan n create ur own slogan. N then nak jadikan cerita aku adalah salah seorang pemenang tersebut and mereka telah set kan date untuk datang ke rumah kami bersama chef nabil (bukan nabil raja lawak ye) dari Nikko hotel bersama pembantunya cik suria n ejen2 sinar pada hari khamis bersamaan dengan 28 Mei 2009. So malam tu aku n mak cik aku telah meyediakan sebiji cheese cake (chill) yang ala kadar untuk meraikan ejen sinar.. So pagi tu seperti yang dijanjikan sampailah mereka ke rumah aku seawal pagi around 6.00 am untuk meraikan aku sebagi pemenang...

Aku ni cam malu2 sikit+gumbira sebab tak biasa ngan publisiti ni, hehehe.. hari tu chef nabil telah menyediakan 2 jenis sarapan untuk aku n family. Resepi pertama fench toast nestum with chocolate sauce n kedua strawberry yogurt nestum. ummp yummy, yummy.. dengan kemennangan tersebut aku dapat hamper dari nestle and duit Rm 300. Alhamdulillah rezeki aku n family, moga murah lagi rezeki kami di masa akan datang..

Add comment


Sunday, 10-May-2009 03:53 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Ibu

Bersama Ibu Tercinta
Atuk & Opah
To'ki & Wan
Ucapan Selamat Hari Ibu buat Ibu yang tersayang Rosmiza Bt. Jusoh. Juga tidak ketinggalan untuk opah yg berada di Tapah dan juga untuk wan di Felda Neram moga sehat² selalu.....

Sahabat Nabi pernah bertanya kepada Nabi, Siapakah yang perlu ditaati? Maka Nabi menjawab “IBu” sebanyak 3 kali ulangan dan barulah nama “Ayah”. MasyaAllah. Hebatnya insan yang bernama Ibu.


Add comment


Saturday, 25-Apr-2009 13:10 Email | Share | | Bookmark
NAIM TURNS 2

 
ayam yg dah marinated
dalam oven
View all 21 photos...
Assalamualaikum...

Lama sungguh tak update FP di sebabkan beberapa faktor termasuklah faktor kemalasan lately ni.. updated terbaru pasal celebrate birthday naim.. Bukan buat grand pun just Ibu ngan ayah buat makan² sket kat umah just nak celebrate birthday boy.. before his birthday, ibu telah menempah character cake daripada K.lili from Chocncheez special tuk Naim memandangkan dia very fanatic pada Thomas And His Friend.. Kek tu sungguh cantik n sangat sedap, credit to K.lili (pssttt lenkali boleh order lagi).. Anyway, Ibu ngan ayah doakan semoga naim jadi anak yang taat perintah Allah, taat pada ibu ngan ayah, semoga sehat selalu, moga menjadi anak yg cerdik pandai dan moga menjadi anak yang soleh..... InsyaAllah mudah²an... aminnnnn....




nyam..nyam...sedapnya kek n ayam adik naim..ni...nak ceketttt Mon 11-May-2009 00:26
Posted by:Mok A
Add comment


Thursday, 8-Jan-2009 05:38 Email | Share | | Bookmark
Hayati dan renungilah penderitaan sahabat2 Islam kita...

 
 
 
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini. Sudah masuk hari ketiga Palestin diserang. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.

Gambar..

Kesedihan..

Kesengsaraan..

Kerosakan..

Kekejaman..







MERATAP… lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.


Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi“.

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

petikan daripada Nora.Z


Add comment


Wednesday, 7-Jan-2009 04:51 Email | Share | | Bookmark
Assalamualaikum..

 
 
Hari ni aku teringat kat ofis lama aku masa kat Kuantan dulu kat Kulliyyah Farmasi.. Banyak kenangan suka duka aku kat sana bersama kawan2.. Cepatnya masa berlalu rupanya aku dah tinggalka kuliyah farmasi dah 2 tahun tu pun sebab aku kena ikut hubby aku yang stay kat shah alam. Ape2 pun aku lebih suka keja kat kuantan berbanding kat KL ni.. Kat Kl ni jem tak abis2 tapi kat kuantan syok je kan.. emmm anyway nak buat cam mana family lagi penting kan..

Dulu masa aku tinggalkan kuliyyah farmasi bangunan baru tak siap lagi so tumpang kuliyyah medicine dulu.. tapi semalam aku tgk kat website dah nak siap rupanya.. Entrance ke Kulliyyah pun dah bertukar, cantik dan besar gitu.. Rindu sgt pada kawan2 kat UIA kuantan tapi tak sempat nak menjenguk kesana. Insya Allah suatu masa nanti kita akan jumpa..

kat bawah ni ada gambar kuliyyah farmasi yang tgh nak naik.. (sorry ye dzadil pinjam gambo ni sat kat gallery.. hehehe)


Main Entrance


New Building Kuliyyah of Pharmacy

terharu aku..bab2 rindu ni..aku la yg paling rindu...nanti kita jumpa ek..skrg ni pun kalo org nak kenal uia..mesti kena ckp..'ala yang under construction lg tu...tu la uia..' hah..baru la dorg kenal...huhuhu Thu 8-Jan-2009 00:27
Posted by:Mok A
Add comment


Thursday, 1-Jan-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tinggal 2008... Selamat Datang 2009…

Ermm dah new year pun, cepat sungguh masa berlalu…semoga hari hari mendatang lebih indah dan menceriakan aku di samping orang-orang yang kusayangi….hubby n naim… Banyak suka dan duka aku tahun 2008.

June 2008 aku dapat duduk rumah baru, syukur Alhamdulillah..

Dan juga Dec 2008 shifting from Wira(AEV206) yang dah dipakai almost 6 years….to GL.

Harapan untuk tahun 2009…semoga hidup lebih diberkati, murah rezeki, keluarga sihat n bahagia..amin

Tahun 2009 ni aku nak belajar menjait at least baju aku sendiri, bukan ape aku suka sangat tempah baju.. Mesin jahit ada tapi tak guna jadi why not aku belajar menjait sikit2 daripada tak pandai langsung kan, nanti kang berkarat plak mesin jait aku tu.. Buku pun dah beli cuma tunggu masa dan kerajinan je..

Add comment


Monday, 29-Dec-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
SALAM MA’AL HIJRAH

SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia.

Amin.

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com